DATUK ALIFF SYUKRI BENGANG DILABEL 'ORANG KAYA BODOH'

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pemilik produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris telah meluahkan rasa marah dan kecewa selepas dirinya digelar 'Orang Kaya Bodoh'. 

Menerusi gambar yang dimuatnaik orang yang tak dikenali, pautan imej tersebut membuat pembezaan 'Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia' dengan Datuk Aliff Syukri serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Dato Seri Vida.
Menurut Dato Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan. 

"Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan orang faham.. dan itu konsep program tv tak payahhh nak menghukum kami bodoh bagai lahh.. kalau awak bijak sangat.. tampilkan diri!! Tak payah nak buat statement macam ni..," luahnya di IG. 
Imej tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program 'Terlajak Puteh Nampak' dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia. 

Rata-rata pengikut Datuk Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki. 

Sementara itu, Dato Seri Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya. 
0 Komentar untuk "DATUK ALIFF SYUKRI BENGANG DILABEL 'ORANG KAYA BODOH'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info