MENARIK!! KISAH PADERI KOMA 17 BULAN PELUK ISLAM

SATU kisah dimana seorang paderi Katolik yang berada dalam koma selama 17 bulan, telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan ALLAH S.W.T dan ditunjukan kepadanya 'Keindahan Langit' (Keindahan Syurga). 

Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.

Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.

Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.

Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.

“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.

Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. 

“Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang telah dijual.

P/S : ALHAMDULILLAH.
0 Komentar untuk "MENARIK!! KISAH PADERI KOMA 17 BULAN PELUK ISLAM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info