INFO: APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN,DENGAN SIMBOL 'CHECK ENGINE' KERETA MENYALA INI

Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah simbol amaran ‘check engine’ yang mana ECU telah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta anda.

Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku.
Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu menyala?

Menurut kajian, sensor oksigen adalah penyebab utama lampu amaran check engine menyala. 

Penutup tangki minyak yang rosak juga adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu sensor oksigen?
Sensor oksigen
Kedudukan Oxygen sensor

Sensor oksigen terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Sensor oksigen akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. 

Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit.

Sensor oksigen akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. 

Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran.

Sistem kawal selia campuran bahan api
Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak.

Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor.

Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula sensor oksigen dengan kaedah air blow. 

Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. Tiada rugi anda menukarnya kerana jika tidak diganti, anda akan kerugian dari segi penggunaan bahan api yang banyak.KREDIT
0 Komentar untuk "INFO: APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN,DENGAN SIMBOL 'CHECK ENGINE' KERETA MENYALA INI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info