GEL silika, pasti ramai mengetahui tentang gel yang berada dalam bungkusan kecil ini. Ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.
Gel silika biasanya terkandung dalam bungkusan kecil.
Kebiasaannya, bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya.
Kalau diikutkan entah sudah berapa banyak gel silika yang telah kita buang sedangkan, bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri.
Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan.
Jadi gel silika boleh dimanfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya;
Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air: Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.
Menjaga alatan mekap: Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.
Menghapuskan bau hapak pada kasut: Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.
Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan: Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.
Selain itu, gel silika gel mempunyai banyak kegunaan lain. Rajin-rajinlah membaca sekiranya anda ingin mengetahui fungsi lain pek bungkusan kecil ini. Tetapi harus diingat, ianya mestilah sentiasa berada jauh daripada kanak-kanak.
Jadi selepas ini, janganlah dibuang gel silika setiap kali menemuinya dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri. – MYNEWSHUBCC
Sumber: Metro UK
0 Komentar untuk "WOWW:KEGUNAAN GEL SILIKA YANG MUNGKIN ANDA PERLU TAHU!!"