MULUT BERBAU MACAM LONGKANG? CUBA 5 CARA MUDAH INI

Gosok macam mana pun, mulut tetap berbau. Cuba petua yang kami kongsikan ini, harap dapat membantu anda.

Pasti ramai di luar sana yang menghadapi masalah ini. Mesti rasa malu dan segan untuk berbual. Kurang keyakinan. Bila ditegur pula, mula lah nanti bermasam muka.

Jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, kami cuba membantu anda mendapatkan kembali bau nafas yang segar. Sebelum itu, mari kita kaji punca kekurangan air liur.

Tahukah anda terdapat beberapa faktor yang menjadi punca anda kekurangan air liur? Antaranya adalah tekanan perasaan, pengambilan minuman alcohol, kurang air di dalam badan, berpuasa kerana ia akan mengurangkan perembesan air liur, bernafas terlalu banyak menggunakan mulut kerana ia akan mengeringkan mulut, bercakap terlalu banyak seperti tugas harian yang memerlukan anda untuk bercakap haa

 jangan tidak tahu pula bahawa ini adalah salah satu faktor kerana ia mengurangkan pengaliran dan perembesan air liur, masalah atau penyakit pencernaan, penafasan, usus, jangkitan tekak dan paru-paru. Jadi ini adalah antara faktor yang menyebabkan air liur anda kurang.

Dengan tahunya mengenai punca kurang air liur dan datang bau nafas, jom kita cari pula jalan penyelesaian untuk masalah ini. Jangan bimbang, kami di Ikahwin.my sedia membantu anda.

Caranya adalah;

1) Membersih dan memberus gigi
Dengan penjagaan rapi mulut anda, dengan izinNya masalah anda akan selesai. Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Anda dinasihatkan untuk tidak memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa.

Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda. Okay?

2) Membersihkan lidah
Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.

3) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!

4) Pemakanan
Masalah nafas berbau ini, anda juga boleh atasi dengan menjaga pemakanan anda. Cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga bawang putih serta kopi. Kerana ia boleh merangsang untuk mendatangkan bau nafas. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan C seperti buah-buahan, sayur-sayuran seperti manga, apricot, susu soya, orange, dan sebagainya.

5) Air putih
Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!
Mereka yang mempunyai masalah nafas berbau ini dinasihatkan untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajin lah usaha untuk hilangkan. Jika ada kelapangan, bolehlah untuk adakan rawatan dengan doctor gigi, untuk dapatkan rawatan moden pembersihan cucian gigi.
Nafas segar, yakin sentiasa. Bercakap pun selesa!
0 Komentar untuk "MULUT BERBAU MACAM LONGKANG? CUBA 5 CARA MUDAH INI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info