"SAYA CUMA PENUHI KEHENDAK PENDUDUK BERAGAMA ISLAM DI ISRAEL YANG INGIN MEMBELI TUDUNG KAMI" - NEELOFA

Isu Neelofa yang memuat naik foto di Instagram yang menunjukkan beliau mengirim tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab ke Israel cukup viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.Gara-gara foto itu juga Neelofa dikecam oleh sesetengah pengikut di akaun Instagram miliknya.

Tidak mahu isu berkenaan terus diperkatakan, Neelofa menjelaskan beliau sekadar memenuhi kehendak pelanggannya yang beragama Islam di Israel yang berminat untuk mendapatkan produk Naelofar Hijab. Malah, ia adalah urusan peribadi antara pembeli serta penjual sahaja tanpa melibatkan kerajaan mereka.

Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi.

Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia.

Seharusnya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Neelofa juga mengakui ini bukan kali pertama beliau mengirim produk Naelofar Hijab ke Israel dan untuk pengetahuan mereka yang menuduh beliau tanpa usul periksa, Israel mempunyai lebih daripada 20 peratus penduduk yang beragama Islam.

Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam.
Sebelum hendak mengkritik seseorang pastikan anda tahu fakta sesuatu perkara. Bukan semua penduduk di Israel itu adalah Yahudi. Tidak perlulah untuk tunjuk hebat dengan mencari kesalahan orang lain setiap masa.
0 Komentar untuk ""SAYA CUMA PENUHI KEHENDAK PENDUDUK BERAGAMA ISLAM DI ISRAEL YANG INGIN MEMBELI TUDUNG KAMI" - NEELOFA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info