(VIDEO) WANITA LEMAS AKIBAT LEKA GUNA TELEFON PINTAR

CHINA - Gara-gara terlalu asyik menggunakan telefon pintar, seorang wanita dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai, awal Disember lalu. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai cuba berusaha menyelamatkan dirinya selama 2 minit. Namun, wanita berusia 28 tahun yang merupakan pekerja asing itu gagal dan akhirnya lemas.

Mayatnya wanita itu ditemui oleh suaminya sendiri, Yang, setelah menjumpai kasutnya yang terapung di permukaan sungai pada keesokan paginya semasa keluar mencari mangsa.

Menurut pegawai penyiasat, Zhou Renjun, paras kedalaman sungai di Wenzhou, Zhejiang itu hanya di paras dada tetapi tebingnya yang tinggi boleh menyebabkan orang yang lalu lalang terjatuh dan lemas akibat panik. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "(VIDEO) WANITA LEMAS AKIBAT LEKA GUNA TELEFON PINTAR"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info