'BILA DIA DAH ADA ESTIMA & BMW, SAYA DICERAIKAN'

Dulu kenal bekas suami, dia hanya ada motosikal Honda EX5, nombor pendaftaran 8334. Tidak beberapa selepas itu, dia beli Perodua Kancil, nombor pendaftaran 4365. Sebelum kami bernikah, dia tukar kereta pula, Perodua Kenari nombor pendaftaran 1015.
Bila kami sudah bernikah, kereta Kenari kena game dengan kawan dia. Kawan dia bawa lari kereta dan sembunyikan untuk jangka masa yang lama. Akhirnya suami surrender pada pihak bank.

Rupa-rupanya kereta itu kawan dia sambung guna, bukannya sambung bayar. Dia dianiaya oleh kawan baik sendiri sehingga nak makan duit tinggal RM5.00, tetapi beli nasi satu bungkus, kongsi dua orang. Baki RM3.10 beli pampers anak di 7 Eleven. 

Masa itu tak ada kereta, kami dengan anak kecil terpaksa berhujan panas naik motosikal. Dia kumpul duit pelahan-pelahan dan bila dah cukup, dia beli kereta lain. 

Masa itu dia buat dua kerja. Pagi kerja despatch, di sebelah malam pula jual burger. Sampailah suatu masa dia nak kerja sendiri, nak buat jual beli kereta. Dia kumpul duit pelahan-pelahan sampailah dia mampu memiliki sebuah kereta Toyota Estima dan sebuah kereta BMW. 

Tetapi kan, bila dia sudah senang ada Estima dan BMW, dia jumpa perempuan lain. Saya pula ditinggalkan begitu sahaja. Empat tahun saya telah ditinggalkan. 

Jika ada yang kata isteri diuji ketika suami susah, saya tidak berganjak walau seinci pun meninggalkan dia. Bila suami diuji, berlangkah-langkah dia pergi meninggalkan saya. 

Tak apa pun, saya mendoakan semoga dia bahagia dengan jalan yang dia pilih biarpun sudah empat tahun saya diceraikan. - THEHYPEMEDIA.COM.
0 Komentar untuk "'BILA DIA DAH ADA ESTIMA & BMW, SAYA DICERAIKAN'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info