SAYU:LELAKI OKU MENANGIS DISUAP PRAMUGARI

CHINA - Seorang lelaki OKU berusia 71 tahun tidak dapat menahan rasa sebak dan terharu apabila diberikan layanan yang tidak dijangkakan dari seorang pramugari muda yang cantik lagi menawan.
Niu, terharu dengan tindakan pramugari bernama Fan Xuesong yang sanggup melutut di hadapannya semata-mata untuk menyuap makanan kepadanya. 

Difahamkan, pesara yang pernah bergelar sebagai profesor perubatan itu menjadi OKU kerana diserang strok dua tahun lalu menyebabkan dia menjadi separa lumpuh. Ekoran itu, Niu juga terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selain mempunyai masalah tidak dapat memegang sudu untuk makan. 
Insiden yang berlaku dalam pesawat Hainan Airlines, HU7302, penerbangan dari Zhengzhou ke bandar Haikou, Hainan, selatan China itu menjadi bualan hangat di media sosial. 

Ramai netizen yang memuji kemuliaan hati Fan Xuesong sanggup berbuat demikian demi warga emas berkenaan makan dari melihat penumpang yang lain menjamah makanan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "SAYU:LELAKI OKU MENANGIS DISUAP PRAMUGARI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info