KISAH 'DR PIMPLE' PECAH JERAWAT JADI VIRAL DI INTERNET

RAKAMAN pemecahan jerawat yang dilakukan oleh Pakar Kulit, Dr Sandra Lee kini menjadi trending dan mencetus viral di laman sosial.
Dikenali sebagai Dr Pimple Popper atau ‘Ratu Jerawat’ aksi Dr Sandra memecahkan jerawat telah mengumpul hampir setengah juta peminat di YouTube dan Instagram, setakat tahun lepas sahaja.

“Saya fikir ramai orang mempunyai keinginan yang kuat untuk melihat jerawat dipecahkan, sama ada gian atau mereka memang terpesona olehnya,” ujarnya.

Sandra berkata, beliau gembira kerana berjaya menjadikan masalah jerawat sesuatu yang ‘di luar kotak’.

Sebelum ini kebanyakan orang akan sembunyi dan bimbang jika jerawat di wajah mereka didedahkan namun kini, orang ramai tidak lagi mempunyai masalah untuk menonton dan berkongsi rakaman pemecahan jerawat yang dilakukan olehnya. -MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "KISAH 'DR PIMPLE' PECAH JERAWAT JADI VIRAL DI INTERNET"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info