PERGHH:KERETA "KOENIGSEGG UTAGERA" DIREKA BUDAK LELAKI THAILAND 15 TAHUN

Remaja Thailand, Jennarong Muentaweepongsa mempunyai masa depan yang cerah dalam industri rekabentuk kereta. Dikenali sebagai Vanatical Design, remaja 15 tahun ini telah menghasilkan satu rekaan kereta yang dipanggil Utagera.

Ia membawa maksud “terminate” dalam bahasa Sweden. Rekaan Jennarong telah dihasilkan dalam bentuk fizikal (model berskala) oleh N2A Motors California. Ini kali kedua beliau membuat projek bersama Koenigsegg selepas menyiapkan projek Legera.

Selain Koenigsegg, Jennarong juga telah menghasilkan rekaan model kereta untuk Aston Martin DB11, Jaguar dan banyak lagi.

Koenigsegg Utagera ini telah dipamerkan di Thailand International Motor Expo.

Menurut Jennarong, Utagera direka dengan enjin V8 twin-turbo berkapasiti 5.0 liter yang boleh menghasilkan 1,000hp tanpa bantuan elektrik. Remaja berbakat ini menghabiskan masa 3 bulan untuk menyiapkan projek ini.

Rekaan Utagera kelihatan kurang ekstrim berbanding Regera namun ciri elegan masih boleh dilihat padanya. -MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "PERGHH:KERETA "KOENIGSEGG UTAGERA" DIREKA BUDAK LELAKI THAILAND 15 TAHUN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info