GUNA DUIT PTPTN UNTUK BERJUDI, BILA DISURUH BAYAR BALIK BARU NAK MENYESAL!!!

Wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ni untuk membantu pelajar menyara diri semasa belajar di mana-mana IPT pun, tapi ada juga sesetengah pelajar ni tak tau menggunakan pinjaman tu untuk tujuan yang baik.

Disebaliknya pergi berjudi pula menggunakan duit PTPTN tu. Ni lah terjadi kepada sekumpulan pelajar kolej kena cekup dalam satu serbuan di sebuah restoran di Jalan PJS 11/9 Bandar Sunway baru-baru ni.

Seramai 15 orang pelajar wanita dan lelaki yang berusia dalam linkungan 18 hingga 27 tahun ditahan semasa leka bermain permainan judi jenis POKER. Antara yang ditahan tu seorang pelajar lelaki warga Korea dan pelajar wanita beragama Islam warga tempatan pun ada..

Menurut sumber, hasil risikan dan maklumat mendapati premis tu memang mensasarkan tempat tu untuk pelajar kolej di sekitar kawasan tu untuk berjudi. Penjudian tu dah beroperasi sejak dua bulan lalu dan kebanyakkan pelajar yang datang tu bermodalkan duit PTPTN aje.

Hasil soal siasat antara yang ditahan tu mengaku menggunakan duit PTPTN untuk berjudi dan kerap datang ke kedai tu untuk melepaskan gian. 

Pelajar-pelajar ni selalunya akan menghabiskan RM50 hingga RM150 setiap seorang untuk berjudi dan kalau menang tu, tu lah yang menjadi duit poket diorang.. MissHana/Utaranews.com.
0 Komentar untuk "GUNA DUIT PTPTN UNTUK BERJUDI, BILA DISURUH BAYAR BALIK BARU NAK MENYESAL!!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info