PENUMPANG BERANG "TERPERANGKAP DALAM PESAWAT AIRASIA


SEPANG 11 Jan. - Kira-kira 170 penumpang berang setelah mereka 'terperangkap' selama hampir tiga jam di dalam pesawat AirAsia dan tidak dibenarkan keluar dari pesawat KLIA2 dalam kejadian yang berlaku semalam.

Pesawat AK6442 dari KLIA2 menuju ke Kota Bharu itu dijadual berlepas pada pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat terbabit membuat pengumuman bahawa penerbangan itu tergendala buat seketika dengan alasan perlu menunggu dokumen pelepasan serta mengisi minyak pesawat.

Selepas sejam menunggu, penumpang mula resah apabila penerbangan itu masih lagi tergendala.

Penumpang yang berang menuntut penjelasan dari pramugari yang bertugas.

Utusan Online melaporkan, kira-kira jam 10.30 malam, juruterbang pesawat tersebut membuat pengumuman memberitahu bahawa penerbangan tersebut akan diteruskan oleh juruterbang lain.

“Setakat ini, kita masih menunggu dokumen pelepasan dan minyak juga belum sampai.

“Untuk makluman penumpang, saya tidak akan meneruskan penerbangan ini dan juruterbang lain sedang dalam perjalanan. Harap maaf,” katanya.

Selain dari tergendala, penumpang juga turut berang kerana syarikat penerbangan tersebut tidak menyediakan makanan atau minuman biarpun mereka 'terperangkap' di dalam pesawat itu untuk satu tempoh yang lama. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "PENUMPANG BERANG "TERPERANGKAP DALAM PESAWAT AIRASIA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info