KOLEKSI KERETA MILIK JUTAWAN-JUTAWAN TEKNOLOGI!!!

KESEMUA kereta di bawah ini digunakan sebagai pengangkutan harian beberapa jutawan dan billionair terkenal dunia, antaranya pengasas dan pengasas bersama Facebook, Google, Oracle dan Dell.

Jangan terkejut, ada antara mereka cuma memilih kenderaan jenis sederhana sahaja untuk kegunaan harian. Memang salute!
Steve Ballmer

Ford Fusion Hybrid
Ford Fusion Hybrid menjadi pilihan bekas CEO Microsoft dan pemilik Los Angeles Clippers, Steve Ballmer.
Dia menerima kereta pertama jenis Ford Fusion Hybrid pada tahun 2009 di mana kereta ini diserahkan sendiri oleh CEO Ford, Alan Mulally.

Teknologi suara yang dikenali sebagai Ford Sync pada kereta ini adalah hasil usahasama bersama teknologi Microsoft.

Sean Parker

Audi S5

Tesla Model S
Presiden pertama Facebook dan pengasas bersama Napster, Sean Parker menggunakan Audi S5 di sekitar San Francisco. Walau bagaimanapun, dia memandu Tesla Model S berharga US$100,000 semasa di Los Angeles.


Mark Zuckerberg

Acura TSX

Pagani Huayra
Sebelum ini Mark Zuckerberg menggunakan Acura TSX kerana ia selamat, selesa dan tidak menjolok mata. Dia dilaporkan membayar US$1.3 juta untuk sebuah kereta sport Itali iaitu Pagani Huayra.

Dustin Moskovitz

Volkswagen R32 Hatchback

Pengasas bersama Facebook dan billionair muda Dustin Moskovitz memandu Volkswagen R32 Hatchback yang boleh dibeli dengan harga US$13,000 sahaja.

Tim Cook

BMW 5 Series

Porsche Boxster
Kereta pertama Tim Cook (Apple) ialah Porsche Boxster. Sekarang, dia memandu BMW 5 Series.

Jeff Bezos

Honda Accord
CEO Amazon, Jeff Bezos masih memandu Honda Accord yang dibelinya pada 1996. Kereta itu sekarang berharga cuma US$4,000.

Michael Dell

Porsche Carrera GT

Hummer H2
CEO Dell, Michael Dell memiliki beberapa buah kereta. Antaranya Hummer H2 yang sudah tidak diproduksikan lagi dan Porsche Carrera GT.

Bill Gates

Porsche 959
Billionair Microsoft, Bill Gates memiliki beberapa koleksi kereta Porsche. Antara kereta itu, Porsche 959 yang mempunyai kisah menarik di mana Bill Gates membelinya sebelum ia diluluskan oleh EPA atau Jabatan Pengangkutan Jalan, 13 tahun kemudian. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "KOLEKSI KERETA MILIK JUTAWAN-JUTAWAN TEKNOLOGI!!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info