'PROTON IRIZ TIMBULKAN PELBAGAI MASALAH TAK SAMPAI SETAHUN GUNA'

Ini merupakan luahan hati seorang pengguna Proton Iriz yang dimuatnaik ke laman sosial.. Beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan kuali Proton yang dikatakan langsung tak menepati kehendak pengguna..

Menurut Zulkifli, Proton Iriz yang dibelinya menimbulkan pelbagai masalah walaupun tak sampai setahun digunakan..

-----------------------------------------------------------------------

Saya telah menggunakan Proton Iriz 1.6 Premium baru 8 bulan. Namun pelbagai masalah yang timbul dan alami ketika dan semasa memandu. Antaranya:

- Lampu Handbrake menyala semasa memandu (Kadang-kadang)

- Air pencuci cermin sebelah tak keluar (Kerap)

- Bingkai getah cermin hadapan terkeluar

- Sensor undur ke belakang tidak berbunyi

- Sejak dan selepas menggunakan Irizi, lebih kurang 3 - 4 bulan ini, starter enjin untuk hidup kena buat 2 - 4 kali

- Sistem radio juga bermasalah apabila saya pasang lagu atau siaran radio yang terputus-putus

- 2 - 3 bulan pertama, auto lock kereta jem dan hanya pintu pemandu saja yang boleh dibuka dengan menggunakan Holder Door Button. 

Saya berharap pihak Proton peka dengan kualiti barang yang dipasang agar tidak berlaku perkara seperti ini. Selain itu, harap Proton dapat mengambil perhatian tentang masalah yang tersenarai di atas kerana saya yakin Proton akan memberikan yang terbaik untuk pelanggannya, setanding dengan harga dan tempoh. Kualiti itu lebih penting. - Zulkifli
1 Komentar untuk "'PROTON IRIZ TIMBULKAN PELBAGAI MASALAH TAK SAMPAI SETAHUN GUNA'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info