HANIS HAMIL 4 BULAN HAIRUL KONGSI GEMBIRA DI JABAL RAHMAH

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara jelita, Hanis Zalikha yang kini sah hamil anak pertama.
Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh suaminya, Hairul Azreen di depan Jabal Rahmah, Makkah iaitu tempatNabi Adam AS bertemu dengan pasangannya Hawa, menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut Juara Fear FactorSelebriti Malaysia musim pertama ini, usia kandungan isterinya kini sudah memasuki empat bulan.
2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha, Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama2 isteri saya

Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan. #HanisHairulToTheMoon #HoneymoonKe2Kami
A photo posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on Dec 18, 2015 at 11:36pm PST
2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha.
Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama2 isteri saya Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini.
Saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan, tulisnya.
Menerusi gambar itu, Hairul dilihat sedang memeluk erat Hanis sambil mengusap baby bump-nya.
Rata-rata peminat melahirkan rasa syukur dengan berita ini dan tidak putus mengucapkan tahniah di ruangan komen Instagram.
Semoga Hanis dan kandungannya berada dalam keadaan sihat walafiat.
0 Komentar untuk "HANIS HAMIL 4 BULAN HAIRUL KONGSI GEMBIRA DI JABAL RAHMAH"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info