GAMBAR TAUKE JAKEL DERMA RM5 LEPAS SOLAT JUMAAT JADI VIRAL

BENARLAH, firman Allah SWT dalam Al-Quran bahawa orang yang bersedekah itu pasti akan dilipat gandakan ganjarannya.

Buktinya, lihat kejayaan yang sedang dikecapi oleh pemilik gedung tekstil terkenal Jakel, Dato’ Faroz bin Mohamed Jakel ini.

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik beberapa gambar yang memperlihatkan usahawan ternama ini sedang menderma di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.


Gambar yang dikongsi itu sekali gus menarik perhatian ramai dan menjadi viral di laman Facebook.

Menurut netizen itu, sudah menjadi kebiasaan usahawan itu akan memberi derma RM5 kepada setiap orang selepas solat jumaat.

Difahamkan, usahawan ternama ini sememangnya terkenal dengan sifat dermawannya.
Rata-rata netizen dilihat memuji perbuatan mulia Feroz dan mendoakan agar jutawan ini dimurahkan rezeki.

Walaupun nilai RM5 nampak kecil, namun usaha yang dilakukan pemilik Jakel itu besar maknanya buat fakir miskin.

Sama-sama kita contohi amalan baik ini. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "GAMBAR TAUKE JAKEL DERMA RM5 LEPAS SOLAT JUMAAT JADI VIRAL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info