BERTENGKAR KEMUDIAN TIKAM RAKAN SELEPAS MINUM AIR JAMPI

Gambar hiasan

LIMA - PERU. Seorang lelaki menikam seorang warga Britain sehingga maut di sebuah asrama di sini selepas meminum 'ayahuasca' iaitu sejenis air jampi yang terkenal di Amerika Selatan.

Menurut laporan AFP, pembunuhan tersebut berlaku pada Rabu di sebuah kampung berhampiran bandar Amazon semasa satu upacara ritual untuk pelancong sedang berlangsung.

Pelancong diberi sejenis minuman teh yang mengkhayalkan dan dipercayai dapat menghalau semangat jahat.
Siasatan awal mendapati kedua-dua individu yang identitinya tidak didedahkan mengambil minuman itu sebelum bertengkar.

Suspek, warga Kanada berusia 27 tahun dilaporkan mengambil pisau lalu menikam mangsa sehingga mati.
Mangsa yang dikejarkan ke hospital bagamaipun tidak dapat diselamatkan sementara suspek kini berada dalam tahanan polis.
0 Komentar untuk "BERTENGKAR KEMUDIAN TIKAM RAKAN SELEPAS MINUM AIR JAMPI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info