Nampak seperti scrotum atau bahasa Melayunya Kerandut Buah Zakar, tetapi ia adalah sebuah bag. Ya, sebuah bag yang direka seperti kerandut buah zakar lelaki.
Sebaik saja gambar-gambar itu tersebar meluas di media sosial, ia menarik perhatian orang ramai termasuklah Ludacris dan Tommy Lee, bertanyakan di mana mereka boleh mendapatkan beg seperti itu. Malangnya, beg itu tidak boleh dibeli kerana ianya direka khas untuk seseorang individu sahaja.
Beg kerandut ini dicipta oleh artis C.J Goldman yang mana hasil kerjanya boleh dilihat dalam filem blockbuster seperti The Hobbit, Terminator 3: Rise of the Machines dan Dawn of the Dead.
Menurut pemilik beg, Daniel Bitton, yang membayar $2,000 untuk mendapatkannya berkata, beg ini terlalu berat untuk digunakan sebagai beg galas .
Tambahnya, beg galas itu menelan kos hampir $1,000 untuk dicipta. Menjadikan dia terpaksa mencari sumbangan $33,000 dari lelaki sepertinya dan menggunakan laman crowfunding Indiegogo untuk membiayai projek dan mengeluarkan 5,000 beg. Namun pada peringkat awal percubaan mereka telah diturunkan dan pihak laman terbabit enggan menunjukkan sebarang sebab.
Sumbangan orang ramai akan meliputi kos penyelidikan yang merangkumi ujian dari pelbagai bahan dan kaedah untuk kekang kulit seperti bahan beg untuk beg galas berkenaan. Apabila semua telah selesai, Bitton berharap dapat menjual setiap beg galas berkenaan dengan harga $120 termasuk penghantaran. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk ""BEG KERANDUT KINI TRENDING?""