DUA ABANG TIRI KEJAM BAWA RAKAN-RAKAN ROG@L ADIK SENDIRI

TAMPIN - Seorang remaja perempuan nekad membuat laporan di Balai Polis Gemencheh, Isnin lalu, setelah hampir 10 tahun dir0-g0l dua abang tirinya di salah sebuah ladang, di sini.

Mangsa berusia 17 tahun itu mula dir0-g0l ketika berusia tujuh tahun dan pernah mengadukan insiden itu kepada ibunya, namun tiada sebarang tindakan yang diambil termasuk melaporkan kepada polis.

Menurut sumber, mangsa akhirnya mendapat kekuatan untuk melaporkan sendiri peristiwa terkutuk itu kepada polis selepas keluarga angkatnya yang baru dikenali beberapa bulan lalu memberikan galakkan kepadanya untuk membuat laporan polis.
“Mangsa rupa-rupanya bukan hanya dir0-g0l dua abang tirinya, bahkan turut dir0-g0l beberapa rakan abang tirinya yang mengambil kesempatan ke atas sikap sambil lewa ibu mangsa yang tidak membuat sebarang laporan polis berhubung insiden r0-g0l berkenaan.

“Perbuatan terkutuk itu terus berlanjutan sejak mangsa berusia tujuh tahun dan berulang kali. Kali terakhir mangsa dir0-g0l oleh dua orang abang tirinya adalah pada Jun lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan dua suspek iaitu abang tiri mangsa berusia 21 dan 24 tahun telah ditangkap sehari selepas laporan polis dibuat.

Menurutnya, kedua-dua suspek adalah pekerja hotel dan ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh ditangkap bagi membantu siasatan.

“Suspek lain iaitu beberapa rakan abang tiri mangsa kini sedang dijejaki polis. Mangsa kini diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kes disiasat di bawah 376 Kanun Keseksaan,” katanya.KREDIT
0 Komentar untuk "DUA ABANG TIRI KEJAM BAWA RAKAN-RAKAN ROG@L ADIK SENDIRI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info