DATUK SITI NURHALIZA UCAP TAHNIAH KEPADA SITI NORDIANA

Penyanyi wanita dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza telah mengucapkan tahniah kepada Siti Nordiana setelah menjadi juara Gegar Vaganza 2 (GV2) Ahad lalu.
Ucapan bermakna itu beliau sampaikan menerusi laman Twitter yang telah mendapat lebih 1,000 Retweets dan hampir 2,000 likes.
Siti Nordiana semasa berada di dalam pertandingan itu, dia juga telah menyanyikan lagu Nirmala yang mendapat sambutan dan pujian yang luar biasa oleh penyokongnya.

Beberapa tahun yang dulu, Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana pernah berduet menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Apa-apa pun, nama Siti Nordiana kembali menyinar semula dan diharapkan karier nyanyiannya juga terus berkembang.
0 Komentar untuk "DATUK SITI NURHALIZA UCAP TAHNIAH KEPADA SITI NORDIANA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info