BERHATI-HATI:"SINDIKET PENIPUAN KEBAS RM1.8 JUTA GUNA E-MEL"

Kuala Lumpur: Sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina ditahan di Sentul dan Cyberjaya, semalam selepas disyaki memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea sehingga jutawan dari Riyadh, Arab Saudi kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.

Lelaki yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan, namun ditipu sindiket terbabit, 9 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.
"Suspek menyamar sebagai pekerja syarikat di Korea itu dengan menghantar e-mel kepada mangsa, meminta pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi.

"Mangsa akhirnya menyedari helah kumpulan itu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran," katanya ketika ditemui, pagi tadi.

Susulan laporan itu, polis menahan wanita warga tempatan berusia 29 tahun yang juga seorang daripada pemilik akaun bank yang menjadi ‘keldai’ kepada sindiket itu.

“Sindiket ini mengupah RM1,000 kepada wanita berkenaan untuk membuka akaun bank.
"Hasil siasatan, polis menahan seorang lelaki warga Nigeria di sebuah bank di Sentul, semalam.

"Susulan penangkapan berkenaan, polis menahan 9 lagi anggota sindiket terdiri daripada 8 warga Nigeria termasuk dua wanita dan seorang wanita warga Filipina di Cyberjaya serta merampas barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya.

Katanya, suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.KREDIT
0 Komentar untuk "BERHATI-HATI:"SINDIKET PENIPUAN KEBAS RM1.8 JUTA GUNA E-MEL""

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info