APMM SAHKAN KAPAL TANGKI ALMI SPIRIT DITA-WAN PER-OMPAK

JOHOR BAHRU: Sebuah kapal tanki minyak, MT Almi Spirit yang didaftarkan di Liberia telah dinaiki enam pero--mpak di Selat Singapura, hari ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar melalui laman twitter miliknya.

"Almi Spirit dinaiki 6 perom--pak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman Twitter terbabit.

Pihak APMM dikatakan akan mengadakan sidang akhbar berkenaan kejadian ini pada 1.30 petang ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan.

Berdasarkan laporan dari marinetraffic.com, kira-kira 27 minit lalu(jam 12:15 p.m) kapal Almi Spirit berkenaan berada 6 kilometer dari perairan Tanjung Piai. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "APMM SAHKAN KAPAL TANGKI ALMI SPIRIT DITA-WAN PER-OMPAK"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info