KES CU-LIK KAJANG:POLIS PUAS HATI DENGAN SIASATAN, PEMANDU TEKSI DIBEBASKAN

Shah Alam: Pihak polis hari ini telah dibebaskan pemandu teksi yang telah menghantar pulang kanak-kanak yang dic-ulik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta C-ulik 1961.

Menurutnya, pemandu yang dikenali sebagai Nizam berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jen--ayah.

"Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan,"katanya dipetik dari Harian Metro.

Pada 9 Oktober lalu, menjadi viral di laman sosial kisah seorang kanak telah dic-ulik oleh dua orang lelaki didepan ibunya sendiri ketika hendak dihantar ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "KES CU-LIK KAJANG:POLIS PUAS HATI DENGAN SIASATAN, PEMANDU TEKSI DIBEBASKAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info