SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TIDUR SIANG, JOM AMALKAN!!

Tahukah anda terdapat kajian terbaharu mendapati tidur siang mampu membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi?

Ini pastinya menjadi berita baik kepada mereka yang gemar tidur waktu siang, bukan?

Memetik laporan CNN Indonesia, pengkaji daripada European Society of Cardiology Congress mendapatkan 200 orang lelaki dan 186 orang wanita, rata-ratanya berumur 60 tahun dan memiliki tekanan darah tinggi.

Hasilnya, peserta yang gemar tidur siang mempunyai tekanan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak tidur siang.

Menariknya, kajian itu juga menyimpulkan bahawa peserta yang gemar tidur siang lebih jarang mengambil ubat darah tinggi berbanding mereka yang tidak tidur siang.
Jom ketahui 5 kebaikan tidur siang untuk kesihatan anda.

1. Meningkatkan Daya Ingatan
Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan anda terutamanya untuk golongan warga emas. Ini kerana semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Menurut kajian,manfaat tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit mampu meningkatkan daya ingatan otak anda.

2. Meningkatkan Produktiviti Kerja
Bagi mereka yang selalu keletihan akibat kerja atau memerlukan idea baru,anda disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja anda sekaligus memberikan anda idea-idea baru.

3. Mengubati Insomnia
Manfaat tidur siang yang lain ialah ia mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang

4. Menghilangkan Tekanan
Sekiranya pada malam hari anda kurang nyenyak atau tidak cukup tidur,pastinya pada siang hari anda berasa sangat tertekan untuk melakukan kerja. Oleh itu,manfaat tidur siang untuk kesihatan anda ialah ia mampu menghilangkan tekanan anda.

5. Menyihatkan Jantung
Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan juga stroke.

Tips Mendapatkan Tidur Siang Yang Baik

Waktu tidur yang disarankan ialah selama 20-40 minit.
Pastikan anda tidur siang hanya selepas pukul 12 tengahari.
Pastikan suhu bilik anda tidur sesuai iaitu tidak terlalu sejuk atau panas.
Jangan tidur ketika waktu malam sudah hampir menjelma kerana ia boleh mengganggu pola tidur anda pada malam hari.

Related Post

0 Komentar untuk "SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TIDUR SIANG, JOM AMALKAN!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info