POLIS BELANDA LATIH BURUNG HELANG UNTUK TANGKAP DRONE

POLIS di Belanda kini sedang giat melatih burung helang bagi menghalang penggunaan dron/alat intipan kawalan jauh yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Burung jenis itu dipilih bagi menangkap serta menghapuskan penggunaan dron dan setakat ini binatang itu masih lagi dalam proses latihan bagi memperkuatkan agensi pihak berkuasa itu.

Projek unik tersebut masih lagi dalam peringkat awal, namun daripada latihan itu ia dapat membuktikan bahawa helang berkenaan mampu memberikan prestasi yang bagus.

Sekali gus ia mungkin diaplikasikan pada masa hadapan sebagaimana manusia zaman dahulu menggunakan burung merpati sebagai posmen yang menghantar surat..– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "POLIS BELANDA LATIH BURUNG HELANG UNTUK TANGKAP DRONE"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info