MAUT ANGKARA HOSPITAL TERSILAP EJA NAMA

SEORANG wanita warga emas dari London, Britain maut hanya gara-gara staf hospital tersilap mengeja namanya sehinggakan mangsa tidak mendapat bekalan darah yang diperlukannya.
Irmgrad Cooper, 85, sebelum itu telah menjalani pembedahan arteri di Hospital Harrow Northwick Park dan memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuknya kembali stabil.

Hanya disebabkan staf hospital membuat kesilapan dalam ejaan namanya dengan menulis Irngard, mangsa tidak mendapat bekalan yang diperlukan sehingga membawa kepada kematiannya yang pastinya boleh dielakkan sekiranya kecuaian itu tidak berlaku.

Anaknya, Lorraine Cooper berkata kesilapan ‘kecil’ seperti itu telah membunuh ibunya yang pasti boleh diselamatkan sekiranya mereka menulis nama ibunya dengan betul.

“Kami berasa sangat sedih dan seperti ‘dikhianati’ oleh hospital tersebut yang mana kematian ibu saya boleh dielakkan sekiranya tidak berlaku kecuaian dalam kerja mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "MAUT ANGKARA HOSPITAL TERSILAP EJA NAMA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info