LUAHAN IZREEN AZMINDA ISU BERCINTA DENGAN REDZA ROSLI

Sejak bergelar janda, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan aktor muda. Jika dahulu dengan Amar Baharin dan Nazrief Nazri, kini beliau dikatakan sedang mesra dengan Redza Rosli pula.

Gosip itu bermula apabila Izreen kerap memuat naik foto beliau bersama Redza.

Malah, kedua-duanya sebelum ini pernah bergandingan didalam drama Kak Marr yang sedang ditayangkan di TV3.

Walaubagaimanapun, Izreen menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan Redza terlalu muda buat beliau.

Saya harap janganlah ada yang berfikiran sampai macam itu sekali, Redza terlalu muda untuk saya. Gambar berselfie dengan Redza itu pun semasa kami dalam penggambaran drama Kak Marr.

Pada masa yang sama, Redza juga turut menafikan beliau sedang intim bersama Izreen dan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.
Sebenarnya saya dan Izreen hanya berkawan baik sebab dia seorang yang peramah. Sikap peramahnya itu bukan dengan saya sahaja, tapi dengan semua orang.

Ermm,setiap kali ada sahaja pelakon lelaki muda berlakon dengan Izreen pasti ada yang menyatakan mereka bercinta kerana terlalu mesra bersama.
0 Komentar untuk "LUAHAN IZREEN AZMINDA ISU BERCINTA DENGAN REDZA ROSLI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info