PENYANYI, pelakon dan deejay muda popular, Ahmad Al Ghazali, 19, yang juga anak sulung komposer serta penerbit album Ahmad Dhani, tidak berselindung soal cinta.
Beliau juga turut mengakui sudah mempunyai pacar bernama Alyssa Daguise.
“Sejak kecil saya dan adik-beradik sering jadi perhatian masyarakat kerana ibu bapa adalah selebriti terkenal.
“Kontroversi yang melanda ibu bapa hingga bercerai juga sudah biasa saya lalui. Layan sahajalah. Itu masalah keluarga.
“Jadi, sekarang apabila sudah punya pacar, saya terus dikejar media. Baru sebulan bercinta, namanya Alyssa Daguise, kacukan Perancis. Dia berusia 17 tahun.
“Pada saya, hubungan cinta itu tidak harus ditutup, nanti terasa beban bila ramai yang bertanyakan penjelasan.
“Saya tidak suka menyorok hal percintaan. Saya terbuka menceritakannya. Kontroversi itu perkara biasa dalam dunia artis. Pacar saya juga dikecam peminat saya.
“Namun saya sering menenangkannya agar tidak terpengaruh dengan kecaman negatif,” jelas Al yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktres Pevita Pearce, Ariel Tatum dan Tatjana Saphira.
Terbaru, Al turut menafikan gosip cinta mengaitkannya dengan pasangan duetnya Nadira Adnan, dari Malaysia.
“Nadira dan saya hanya kawan baik. Kami rapat setelah dipertemukan untuk lagu Cinta Datang dan Pergi. Bila timbul gosip dengan Nadira, saya jelaskan pada Alyssa dan dia memahaminya.
“Fasal perkahwinan tidak lagilah sebab ayah bilang jangan kahwin muda sebab dia belum mahu jadi kakek (datuk),” ungkap Al.
0 Komentar untuk "KISAH MENGAPA AL GHAZALI DILARANG KAHWIN MUDA OLEH AHMAD DHANI?"