"JARAK KELAHIRAN ANAK RAPAT-RAPAT,TAK PERLU MALU KERANA ITU REZEKI ANDA.!!" MULUT MANUSIA TAK BISA DITUTUP ASYIK NAK MENGATA.!!

Mungkin ada sesetengah ibu bapa di luar sana yang mengalami situasi seperti ini kan? Terasa malu apabila mendapat anak yang jarak kelahirannya rapat-rapat. Biasalah kan, mulut masyarakat kita ini suka sangat mengata hal orang.

1. Bila belum diberi rezeki anak, mulalah mereka berkata macam-macam. Mereka mula membuat perbandingan dengan orang yang baru berkahwin terus dapat anak. Tetapi yang sudah lama berkahwin masih belum ada anak. Mulalah mereka membuat spekulasi yang pasangan itu tidak subur.

2. Bila dah ada anak seorang, sibuk pula bertanya "Bila kau nak tambah anak seorang lagi Senah? Anak pertama kau pun dah besar tu, boleh tambah dah tu,". ALahai, ingat beranak ini senang seperti bercakap ke?

3. Bila anak berderet-deret, mulalah mereka mengata lagi. "Asyik mengandung pula kerjanya. Anak kecil lagi tetapi dalam perut on the way,"

Ah sudah! Semuanya serba tak kena. Tak ada anak, salah. Dah ada anak pun salah. Bila anak ramai pun salah. Adeh!

Tentang jarak kelahiran anak rapat-rapat ini, perlu ke berasa malu? Kadang-kadang kalau pergi berjalan-jalan di mall, ternampaklah situasi seperti ini. Dalam hati ada tertanya-tanya juga, "tak penat ke? Sebab anak kecil lagi, lepas itu mengandung lagi. Boleh ke kawal anak-anaknya semua? Nak buat kerja rumah lagi, nak jaga anak yang tengah lasak lagi, dalam perut pula ada adik mereka yang bakal dilahirkan," dan pelbagai persoalan yang bermain di minda.

Bagi saya, tidak perlulah berasa malu kalau dikurniakan anak yang jarak kelahirannya rapat-rapat. Cuma apa yang kita perlu buat ialah kuatkan mental, fizikal dan tanamkan sifat kesabaran yang tinggi. Iyalah, nak uruskan anak yang masih kecil bukan semudah yang disangka. Kasih sayang pun perlu dibahagi sama rata supaya abang/kakak tidak terasa diabaikan. 

Abaikan saja mulut-mulut longkang yang suka mengata dan abaikanlah pandangan-pandangan yang tidak berguna seperti itu. Masih wujud lagi orang seperti ini, pandang perempuan mengandung dengan anaknya yang baru bertatih macam semacam saja. Mulut terkumat kamit. Anggaplah mereka cemburu.

Anak adalah rezeki dan anugerah. Terkadang mesti terfikir, "bagaimana nak menyara anak yang ramai dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang?" Tetapi percayalah setiap anak yang lahir itu sudah ditetapkan rezekinya. Kita pun haruslah bijak merancang ekonomi keluarga. - Sebenarnya Saya Isteri Dia | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
3 Komentar untuk ""JARAK KELAHIRAN ANAK RAPAT-RAPAT,TAK PERLU MALU KERANA ITU REZEKI ANDA.!!" MULUT MANUSIA TAK BISA DITUTUP ASYIK NAK MENGATA.!!"

Bg sy kelahiran ank rapat2 ni adlah anugerah n rezeki yg terindah..setiap ank yg dilahirkn membwa rezeki..jd xperlu rse malu..sy sndiri mmpunyai anak yg jarak kehamilan rapat2..setahun sorg..mmg ad mulut yg tnye pd sy x penat ke asyik brsalin je..sy juz ckap rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari..😊

Setuju.. Sy berumur 33tahun tapi di kurniakan lagi rezeki dgn kelahiran anak yg ke 7 di mana kalau di ikot dalam salasilah keluarga ianya ank yg ke 8. (kehamilan anggur). Sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan kurniaan Allah. Walaupun lalui kehidupan yg agak sederhana tetapi dek kerana percaya bahawa anak2 ni pembawa rezeki dalam keluarga blom skali berlapar makan.. Alhamdulillah.. Pandang sinis msyarakat adalah normal. Di mata mereka sy kelihatan terlalu muda untuk menjadi ibu kepada 6 orang ank lelaki dan satu2 nya anak gadis sy. Tp inilah kebangaan saya.. Bangga kerana mampu mengandungkan dan melahirkan mereka dan menjaga mereka tanpa sebarang masalah..

Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info