WASIAT IBU SEBABKAN SI ANAK LANGSAIKAN HUTANG 350 ORANG PEKERJANYA

Ini Encik Farkhad Temurovich Akhmedov . Seorang Muslim Russia berketurunan Azerbaijan yang memiliki syarikat carigali minyak dan gas Northgas yang diusahasama dengan syarikat terbesar Russia, Gazprom. Sumber kewangan mereka banyak disedut dari telaga minyak berpusat di Siberia. Nilai kekayaan Akhmedov ini sekitar USD1.5 Bilion.
10 hari lepas, ibunya telah meninggal dunia. Beliau bergegas kembali ke Azerbaijan untuk menguruskan pengebumian ibunya. Sebelum itu dikhabarkan bahawa ibunya meninggalkan wasiat kepadanya. Wasiat menyatakan bahawa ibunya sangat sayangkannya dan meminta beliau bersedekah lebih banyak kepada fakir miskin di kampung halamannya.

Keluarga Akhmedov ini memiliki syarikat pembuatan jus buah delima, Aznar Company yang terkenal dengan khasiat terbaiknya di bandar Gochay, Azerbaijan. Ianya diasaskan oleh bapanya sejak tahun 1960an dahulu, Teymur Akhmedov.

Tahu apa yang menjadi sensasi kelmarin?...

Semasa pengebumian ibunya, didapati hampir kesemua pekerjanya di syarikat jus tersebut menghadiri majlis pengebumian ibunya. Terasa terharu apa yang beliau lakukan?

Beliau menghubungi semua bank yang ada dibandar itu bertanyakan berapa banyak hutang piutang kesemua para pekerjanya yang berjumlah 350 orang itu. Dengan selamba beliau membayarkan semua hutang piutang pekerjanya kepada semua bank yang ada disana. Secara relatifnya, para pekerjanya yang berjumlah 350 orang itu adalah bebas hutang sekarang ini.

Kagum bukan?...

Adakah jutawan muslim lain yang mampu bersifat luar biasa seperti keluarga Akhmedov ini?... Alangkah bertuah dapat bos yang betul2 hebat bersedakah sebegini.

Silakan Share dan yang paling penting, TAG ur own bosses. Bagi depa baca. Ha3..KREDIT...SUMBER
0 Komentar untuk "WASIAT IBU SEBABKAN SI ANAK LANGSAIKAN HUTANG 350 ORANG PEKERJANYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info