WANITA HAMIL 4 BULAN CEDERA TERUK DIBELASAH SUAMI

PUTRAJAYA - Seorang suri rumahtangga berusia lingkungan 30'an cedera teruk dibelasah oleh suaminya dalam kejadian pada Khamis lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, mangsa yang juga hamil empat bulan, dibelasah bertubi-tubi oleh suaminya disaksikan sendiri oleh dua anak perempuan mereka yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun menyebabkan mereka trauma. 

Menurut mangsa, suaminya yang bekerja sebagai pemandu itu memukulnya tanpa belas kasihan dan menumbuk mukanya bertubi-tubi menyebabkan matanya mengalami pendarahan dalaman selain lebam di bahagian muka dan paha kiri.

Dakwanya lagi, lelaki itu cuba membunuhnya menyebabkan dia terpaksa bertindak memanjat ke balkoni rumah jirannya di tingkat 8, bagi menyelamatkan diri sebelum dia dan jirannya membuat laporan polis di balai berhampiran.

Susulan itu, suspek ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan. 

Siasatan awal mendapati suspek positif dadah dan dipercayai bertindak ganas di bawah pengaruh dadah.

Menurut rakan mangsa yang tidak ingin didedahkan namanya berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu itu sering diarahkan oleh majikannya bertugas 7 hari seminggu, dari pagi hingga ke malam. Suspek juga dikatakan tidak tidur selama tiga hari sebelum kejadian itu berlaku. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "WANITA HAMIL 4 BULAN CEDERA TERUK DIBELASAH SUAMI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info