'KO LIKE GAMBAR WIFE AKU, ADA APA-APA HUBUNGAN KE DENGAN DIA?'

Seorang lelaki bujang menerima mesej dari suami kepada seorang wanita, kenalannya di laman Facebook, yang mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan isterinya itu. 

Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, mangsa menafikan dakwaan lelaki berkenaan. 

Difahamkan, si suami telah memeriksa laman Facebook isterinya dan mendapati gambar wanita itu menerima 'Like' daripada mangsa. Mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lalu dia menghubungi mangsa dan bertanya apakah hubungan mereka berdua. 

"Kau ada apa-apa ke dengan isteri aku? Sebab aku tengok dah lama kau like gambar dia," katanya. 

"Lah, Like gambar pun jadi isu ke bang? Maaflah bang kalau tak boleh nak like gambar isteri abang ye. Tak apa. Saya unlike balik. Saya like tidak bermaksud saya ada apa-apa hubungan dengan isteri abang," jelas mangsa.

Mangsa juga memaklumkan bahawa isteri lelaki itu sendiri yang telah request untuk menjadi friend di Facebook sejak bulan November tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya like dua gambar wanita itu sahaja dan menyatakan bahawa dia tidak pernah bersembang atau komen apa-apa di gambar wanita terbabit. 

Berpuas hati dengan penjelasan mangsa, lelaki itu meminta maaf. Bagaimanapun ia tidak cukup untuk meredakan rasa kesal mangsa yang terasa malu dituduh mempunyai skandal dengan isterinya. 

"Bang, ini laman sosial. Apa yang isteri abang muat naik, satu dunia boleh tengok. Kalau tak nak satu dunia tengok, tak perlu post apa-apa lagi. Pesan pada isteri abang, tak perlu ada Facebook lagi, okay!?" katanya. - THEHYPEMEDIA.COM






0 Komentar untuk "'KO LIKE GAMBAR WIFE AKU, ADA APA-APA HUBUNGAN KE DENGAN DIA?'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info