SINGA TERSELAMAT SELEPAS KISAH JERAT MELEKAT DILEHERNYA VIRAL DI LAMAN SOSIAL

SEEKOR singa di Kruger National Park, Afrika Selatan, berjaya diselamatkan selepas kisah jerat yang melekat di lehernya menjadi viral di laman Facebook negara tersebut.


Jerat tersebut telah menyebabkan singa berkenaan hampir kehilangan nyawa sekiranya ia tidak ditanggalkan dengan kadar segera.

Keadaan singa tersebut ketika ditemui oleh pasangan Meliska Vijoen dan Meike Pettit.

Kisahnya mendapat perhatian apabila dua pengunjung taman negara Meliska Vijoen dan Meike Pettit terlihat singa berkenaan sewaktu melakukan Safari Tour. 

Singa yang kelihatan kurus itu seolah-olah cuba mendapatkan pertolongan daripada orang awam yang melihatnya.

Jerat telah menyebabkan Percy mengalami kesukaran untuk bernafas.

Prihatin dengan nasib singa berkenaan, pasangan itu bertindak mengambil gambarnya lalu memuat naik di laman Facebook mereka dengan kaspyen “[Our safari group] found the lion in the road clearly asking for help”.

Mereka turut melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak taman negara Kruger.

Terkesan dengan status dan gambar yang dikongsikan, banyak pihak menawarkan diri untuk menyelamatkan haiwan malang berkenaan.

Percy setelah dirawat pihak Taman Negara Kruger.

Dalam pada itu, pihak taman negara tersebut melancarkan misi mencari dan menyelamat singa berkenaan sebaik mengetahuinya. Setelah beberapa jam pencarian, mereka menemui singa itu dan berjaya menanggalkan jerat yang melekat di bahagian lehernya.

Gambar yang dikongsikan Wild Heart Wildlife Foundation di laman Facebook mereka.

Kisah singa yang diberi nama Percy ini seterusnya dikongsi oleh wakil dari Wild Heart Wildlife Foundation di laman Facebook dengan menyatakan, Percy kini selamat dan telah kembali ke kawasan habitatnya seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "SINGA TERSELAMAT SELEPAS KISAH JERAT MELEKAT DILEHERNYA VIRAL DI LAMAN SOSIAL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info