PENUMPANG TAK PERASAN AKSINYA MENONTON DILWALE VERSI CETAK ROMPAK DIPERHATI OLEH PELAKONNYA

Berang dengan tindakan seorang penumpang menonton filem Dilwale versi cetak rompak ketika di dalam pesawat, salah seorang pelakon utama filem itu memuatnaik luahan tidak puas hatinya di laman Twitter.
Kejadian itu disedari Kriti Sanon ketika menaiki pesawat, apabila penumpang tersebut duduk berhampiran dengannya dan sedang menonton Dilwale melalui telefonnya.
"Seseorang menonton Dilwale versi cetak rompak berhampiran saya melalui telefonnya. Menjengkelkan. Katakan tidak kepada cetak rompak.
"Sedih melihat hasil kerja keras orang lain tetapi malangnya ditonton dalam kualiti yang menyedihkan. Tontonlah di pawagam," katanya di Twitter

Selain Kriti, turut sama berlakon di dalam filem itu adalah Shah Rukh Khan, Kajol dan Varun Dhawan. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "PENUMPANG TAK PERASAN AKSINYA MENONTON DILWALE VERSI CETAK ROMPAK DIPERHATI OLEH PELAKONNYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info