LELAKI LEMASKAN DIRI GUNAKAN KEPALA ISTERI SENDIRI

PASUKAN penyelam polis Austria menemui beg pakaian berkenaan di Tasik Traunsee. - Foto EPA

VIENNA: Seorang lelaki Jerman melemaskan dirinya menggunakan kepala isterinya yang dipenggal selepas membuang bahagian tubuh lain ke dalam sebuah tasik di Austria.

Pihak berkuasa Austria berkata semalam, bahagian badan itu ditemui orang awam dalam sebuah beg pakaian yang terdampar di Tasik Traunsee, tengah Austria Ahad lalu.

Satu lagi beg pakaian mengandungi lebih banyak bahagian tubuh ditemui keesokan harinya, namun polis masih gagal mengenal pasti identiti mayat wanita tanpa kepala itu.

Pasukan penyelam kemudian menemui mayat seorang lelaki terikat pada dua beg mengandungi batu granit dan peralatan peribadi di dasar tasik.

Kepala wanita itu turut ditemui bersalut konkrit dalam salah sebuah beg.

Siasatan awal forensik mendapati ia adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Wanita dipercayai dalam lingkungan 50 hingga 70 tahun itu mati akibat dijerut di antara 25 Disember dan 1 Januari.

Pesara lelaki berusia 70 tahun itu kemudian membunuh diri dengan melemaskan dirinya. - AGENSI
0 Komentar untuk "LELAKI LEMASKAN DIRI GUNAKAN KEPALA ISTERI SENDIRI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info