KERANA CEMBURU, 'JANDA TIKAM DUDA' DENGAN PISAU KERAMBIT

SUNGAI PETANI - Seorang anggota polis cedera parah ditikam oleh janda selepas berselisih faham di rumah mangsa jam 2 pagi, Isnin. 
Dalam kejadian yang berlaku di rumah mangsa di Bandar Seri Astana, mangsa, 39, cedera di bahagian belakang kepala, bahu kanan, perut dan lengan, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, kejadian berlaku kerana suspek yang berusia 19 tahun itu berselisihan faham dengan mangsa selepas ternampak gambar bekas isteri mangsa di telefon bimbit mangsa serta beberapa mesej dari bekas isterinya. 

Suspek menjadi berang dan mendakwa dirinya ditipu oleh mangsa yang telah menduda selama 7 tahun itu, lalu menikamnya dengan menggunakan pisau kerambit. 

Difahamkan, kedua-dua mereka berkenalan sejak Februari tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei. 

"Dua minggu lalu, suspek menghubungi mangsa menyatakan mahu bersama dengannya semula, selain mendakwa tidak tahan tinggal di rumah kerana sering bergaduh dengan keluarganya. Ekoran itu mangsa membawa suspek tinggal bersamanya," katanya. 

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "KERANA CEMBURU, 'JANDA TIKAM DUDA' DENGAN PISAU KERAMBIT"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info