Sebagaimana Dato' Seri Vida, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang popular dengan tagline terlajak laris, turut menyertai program TV 'menunjuk kaya' yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Melalui program yang diberi judul 'Terlajak Puteh Nampak' itu, dia telah menunjukkan sebahagian harta bernilai jutaan ringgit yang dimilikinya.
Akibatnya, ada yang menerima program tersebut secara positif dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya. Ada yang dakwa dia berlagak, bermegah dan ada yang juga yang menghentam mengata dia sengaja menunjuk kekayaannya.
"Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.
"Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang. Macam-macam perkara yang saya kena lalui. Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan. Biasalah dalam bisnes kan. Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada.
"Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam bisnes. Alhamdulilah, sehingga hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa. Syukur," ujar Aliff dipetik sebagai berkata.
"Alhamdulilah, perniagaan baju saya ini juga semakin mendapat maklum balas yang baik. Syukur," tambahnya.
Dalam pada itu, sebagaimana Dato' Seri Vida yang sedang menyiapkan rumah baru berharga RM22 juta, Aliff turut memberitahu bahawa rumah barunya yang bernilai RM20 juta akan siap tidak lama lagi.
"Saya sukakan gaya Istana British. Jadi saya buat lebih kurang dengan konsep begitu. Saya juga terharu kerana rumah baru saya ini disenaraikan antara rumah yang terbesar di kawasan Petaling Jaya," katanya.
Sumber: MH - Foto: Datuk Aliff IG
0 Komentar untuk ""DIUGUT BUNUH,ADA ORANG NAK PUKUL SAYA"-LUAH DATUK ALIFF SYUKRI"