TIMBALAN DEKAN UITM DITUDUH CA-BUL PELAJAR??

Shah Alam: Timbalan Dekan Fakulti sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut perempuannya.
Majistret Surya wati Shawal membenarkan tertuduh Dr  diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes berkenaan pada 20 Januari depan.

Mengikut pertuduhan, Dr dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap penuntut perempuan dengan niat mencabulnya pada 14 Disember lalu, kira-kira 12 tengah hari di Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media universiti berkenaan.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 10 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Rustan Sanid menawarkan ikat jamin RM6,000 sebelum peguam tertuduh, M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah mengurangkan wang ikat jamin berikutan tertuduh masih mempunyai tiga anak yang masih bersekolah..KREDIT
0 Komentar untuk "TIMBALAN DEKAN UITM DITUDUH CA-BUL PELAJAR??"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info