TERJATUH DALAM KAWAH GUNUNG BERAPI KETIKA BERGAMBAR

GAMBAR hiasan menunjukkan seorang pendaki wanita bergambar di tebing kawah Gunung Merapi.

Yogyakarta – Seorang pendaki dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi di sini ketika cuba bergambar di puncak berkenaan.

Seorang anggota penyelamat, Dimar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Eri Yunanto, 21, jatuh ke dalam kawah gunung berapi itu pada Sabtu lalu.

“Eri terjatuh ke dalam kawah sedalam 200 meter ketika bergambar di puncak gunung berkenaan pada pagi Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan empat rakannya yang juga pelajar di Universiti Atmajaya di Yogyakarta mula mendaki gunung berkenaan pada malam Jumaat lalu.

“Pada pagi Sabtu, Eri dan dua lagi rakannya meneruskan pendakian ke kawah gunung berapi setinggi 300 meter untuk bergambar.

“Selepas mangsa terjatuh, rakan-rakannya segera turun dan membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Menurutnya, 100 anggota penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa tetapi usaha berkenaan masih gagal.

“Keadaan dalam kawah itu sangat bahaya dan kami juga perlu memastikan keselamatan anggota penyelamat,” katanya. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "TERJATUH DALAM KAWAH GUNUNG BERAPI KETIKA BERGAMBAR"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info