PTPTN KEJAM..DESAK AKU BAYAR RM 5,423.09 SECARA TUNAI!!

Gambar hiasan
Saya telah membuat pembayaran pinjaman pengajian pada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara konsisten sejak lima tahun yang lalu secara potongan gaji.

Tetapi, 26 November 2015 yang lalu, saya telah mendapat surat dari PTPTN yang mengarahkan saya membayar amaun baki pinjaman sebanyak RM5,423.09 secara tunai. PTPTN memberikan saya tempoh 30 hari bermula dari tarikh surat dikeluarkan. Jika gagal berbuat demikian, saya akan dikenakan tindakan undang-undang.

Gaji bersih saya tidaklah mencecah jumlah itu. Bagaimana saya mahu membayar PTPTN dengan jumlah sebanyak itu dalam bentuk tunai?

Janganlah buat saya begini wahai PTPTN. Saya juga mempunyai tanggungan anak-anak dan orang tua yang perlu diberi makan setiap hari. Bila saya menghubungi PTPTN untuk meminta pengecualian dan membayar secara ansuran jumlah RM4,423.09 itu, mereka menjelaskan yang saya mesti membayar hutang itu juga.

PTPTN ini nak apa dan bagaimana lagi? Hairan juga saya dibuatnya. Nak kata saya tak membuat pembayaran langsung, terang-terang dalam slip gaji saya menyatakan ada potongan PTPTN sebanyak RM271 sebulan. Salah siapakah ini sebenarnya? Salah saya tak membuat pembayaran atau salah sitem PTPTN sendiri?

Saya terus hilang selera nak makan biskut Osbon dek masalah yang ditimbulkan oleh PTPTN ini. Habis kredit telefon sebanyak RM40 untuk menghubungi PTPTN sehari dua ini untuk bertanyakan tentang masalah itu, namun tidak juga dapat diselesaikan.

Jika ada sesiapa yang senasib seperti saya, kongsikanlah jalan penyelesaiannya. - Cammellia Othman Kabilah.
0 Komentar untuk "PTPTN KEJAM..DESAK AKU BAYAR RM 5,423.09 SECARA TUNAI!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info