PENDATANG AFRIKA MENANG BESAR LOTERI HARI NATAL

WARGA Senegal, Ngame (kanan) bercakap kepada wartawan apabila mengetahui dirinya menang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol. - Foto AFP

MADRID – Kira-kira 35 pendatang Afrika termasuk seorang yang pernah diselamatkan dari bot sarat dengan penumpang adalah antara pemenang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol, kata pemilik agensi loteri itu.

Agensi loteri tersebut menjual sejumlah 1,000 tiket bernilai 400,000 euro (RM1.8 juta), menurut laporan akhbar-akhbar tempatan.

Pemilkik agensi loteri itu, Jose Martin berkata, pemenang terbabit membeli tiket di bandar Roquetas de Mar termasuk pendatang dari Senegal, Mali dan Maghribi.

Antara pemenang bertuah ialah seorang warga Senegal bernama Ngame yang berkata, dia dan isterinya pernah diselamatkan oleh pengawal pantai Sepanyol pada 2007.

Ini kerana bot yang dinaiki mereka bersama 65 orang pendatang asing tanpa izi belayar dari pantai barat Afrika hanyut sebelum tiba di Pulau Canary, Sepanyol.

Ketika di luar agensi loteri tersebut, Ngame dilihat menitiskan air mata apabila dia menggenggam salinan tiket bertuah dengan nombor 79,140.

Katanya, dia berterima kasih kepada Sepanyol kerana menyelamatkan nyawanya dan memberinya peluang untuk bermain dalam loteri terkenal di negara itu.

“Hari ini saya ucap terima kasih kepada kerajaan Sepanyol, dan juga kepada rakyat Sepanyol.

Mereka menyelamatkan saya apabila berada di tengah laut,” katanya. – AP/BH ONLINE
0 Komentar untuk "PENDATANG AFRIKA MENANG BESAR LOTERI HARI NATAL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info