PEMIMPIN AJARAN SESAT DIDAPATI BERSALAH R0-G@L, & PUKUL PENGIKUT

ARAVINDAN Balakrishnan. - Foto REUTERS LONDON: Seorang pemimpin ajaran sesat Mao didapati bersalah semalam atas dakwaan merogol dan memukul pengikut wanitanya, serta menyeksa dan mengurung anak perempuan sendiri seperti banduan lebih daripada 30 tahun di beberapa rumah di selatan London. 
Aravindan Balakrishnan, 75, juga dikenali sebagai Komrad Bala, menggunakan seksual dan keganasan fizikal dan mental untuk menguasai pengikut wanita, menukarkan ajaran yang berasaskan 

Komunis menjadi ajaran peribadi serta membuat pengikutnya percaya bahawa beliau adalah tuhan, kata pendakwa.

Mahkamah Southwark Crown London diberitahu bahawa anak perempuannya sendiri, yang dilahirkan salah seorang pengikutnya, dibuli dan dipukul. Dia hampir tidak dibenarkan keluar dari rumahnya dan tidak pernah dibenarkan pergi ke sekolah, bermain dengan rakan-rakan atau berjumpa doktor. 

Dia hanya mengetahui identiti ibunya ketika berusia 14 tahun selepas wanita itu meninggal dunia. Balakrishnan, menafikan semua tuduhan tetapi disabitkan atas kekejaman terhadap kanak-kanak dan penahanan salah, serta merogol, menyerang dan menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada dua wanita lain, masing-masing berusia 64 tahun. - Reuters
0 Komentar untuk "PEMIMPIN AJARAN SESAT DIDAPATI BERSALAH R0-G@L, & PUKUL PENGIKUT"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info