HOTEL MEWAH DI DASAR LAUT MALAYSIA BAKAL DI BINA?

Gambaran artis hotel di dasar laut yang bakal dibina.

HAWAII, Amerika Syarikat – Sebuah syarikat di sini merancang membina sebuah hotel mewah di dasar laut yang pertama di dunia bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman luar biasa berbanding hotel lain.

Hotel Planet Ocean Underwater berkata, hotel itu merupakan sebuah kapal mewah yang mempunyai 12 bilik di bawah laut bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keindahan panorama hidupan marin.

Malah, syarikat itu telah menerima kelulusan daripada Syarikat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) untuk membina hotel seumpama itu.

Hotel berkenaan dicadangkan beroperasi di Mesir, Malaysia, Hawaii atau Bahamas ekoran dasar laut di negara-negara itu dilihat sesuai selain strategik.

“Saya berhasrat untuk membina sebuah bangunan seperti kapal angkasa di dasar laut sekali gus menjadi satu industri baharu dalam bidang pelancongan.

“Kami akan menyediakan perlindungan dan pengurusan hotel yang paling hebat di dunia,” kata pereka bentuk bangunan itu, Tony Webb.

Hotel itu juga boleh dikategorikan sebagai kapal kerana boleh berlayar di dasar laut dengan menggunakan teknologi elektromagnet.

Kerja-kerja pembinaan hotel unik itu menelan kos lebih AS$20 juta. KREDIT
0 Komentar untuk "HOTEL MEWAH DI DASAR LAUT MALAYSIA BAKAL DI BINA?"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info