MISS COLOMBIA AKHIRNYA BERSUARA DI LAMAN INSTAGRAM MILIKNYA

SUSULAN kesilapan pengumuman pemenang oleh Steve Harvey pada malam kemuncak pertandingan Miss Universe 2015, Miss Colombia, Ariadna Guttierez, 21, akhirnya bersuara mengenai insiden memalukan itu di laman instagramnya.
Di dalam postingnya itu dia berkata, enggan memandang ke belakang akibat peristiwa yang mengaibkan dirinya itu. Walau bagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya.

“Saya tetap berasa bangga kerana telah memberikan kegembiraan kepada negara saya walaupun sekadar untuk beberapa minit.

Miss Universe 2014, Paulina Vega ‘mengembalikan’ mahkota kepada Pia Alonzo Wurtzbach.

Ariadna juga mengucapkan tahniah kepada Miss Philippine, Pia Alonzo Wurtzbach, 26, atas kejayaannya meraih gelaran Miss Universe 2015.

Saat Ariadna Guttierez bergelar Miss Universe 2015 untuk beberapa minit.

Kejadian yang berlaku pada malam akhir pertandingan Miss Universe 2015 itu telah mendapat liputan meluas media antarabangsa.kredit
0 Komentar untuk "MISS COLOMBIA AKHIRNYA BERSUARA DI LAMAN INSTAGRAM MILIKNYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info