MENANG SAMAN SELEPAS BEKAS SUAMI SEBARKAN GAMBAR LU-CAH

SEORANG wanita Nepal berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak USD7.25 juta (RM31.2 juta) terhadap bekas suaminya kerana memuatnaik gambar dan video lucahnya di internet dengan menggunakan berpuluh-puluh akaun Facebook palsu.
Bindu Pariyar, 27, yang kini menetap di Dallas, Texas mendakwa bekas suaminya, Tom Randell Sewell, mula memuat naik bahan lucah berkenaan selepas mereka berpisah pada 2012.

Menurut Bindu, dia telah dipaksa oleh suaminya untuk bergambar lucah dan melakukan seks dengan lelaki lain selepas menerima ancaman keganasan, dihantar balik atau gambar itu didedahkan kepada keluarganya di Nepal.

Bindu datang ke Amerika Syarikat untuk menuntut dalam bidang kejururawatan dan membantu keluarganya yang susah di Nepal.

Dia kemudiannya menerima lamaran daripada Tom, yang berusia 50-an serta pernah berkahwin sebanyak dua kali.

“ Sebaik sahaja saya berkahwin dan berpindah ke rumahnya, Tom telah merampas pasport saya dan menggunakan pelbagai taktik termasuk tidak membenarkan saya memandu, memaksa saya bergambar lu-cah, bekerja di kelab bo-gel serta melakukan s-eks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.

“Tidak kira berapa banyak pun saya melaporkan kepada Facebook mengenai akaun palsu itu, dia akan membuat akaun baru hinggalah saya menjadi terkenal dan tidak dapat keluar rumah tanpa menutup muka.

“Malah ketika berjalan di luar rumah, ada lelaki yang menghampiri saya dan mahu melanggan saya,’’ kata Bindu.

Jelas Bindu, meskipun dia tahu Tom tidak mampu membayar saman berkenaan tetapi Bindu puas hati kerana mahu mengajar lelaki itu supaya tidak membulinya lagi.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "MENANG SAMAN SELEPAS BEKAS SUAMI SEBARKAN GAMBAR LU-CAH"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info