KOMEN SUAMI ADIRA YANG "GENTLEMAN" TENTANG "POST" KISAH PERKAHWINANNYA

BERITA perkahwinan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Adira yang kini sah menjadi isteri kedua kepada seorang Datuk Seri bukan lagi rahsia.

Mynewshub, antara portal berita pertama yang dapat menghidu berita perkahwinan itu apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red dikesan memuatnaik sekeping gambarnya bersama Adira di Facebook bersama pengakuan “sekarang kami berkongsi suami” pada salah satu komennya untuk gambar berkenaan.
Susulan itu Mynewshub menyiarkan artikel bertajuk ‘Adira Sudah Kahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?’ di portal sebelum turut berkongsikan cerita berkenaan di Facebook kami.
Ternyata, artikel itu bukan sahaja menarik perhatian peminat hiburan tempatan tetapi juga suami Adira sendiri iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red yang tampil memberikan komen tentang kisah pernikahannya dengan mengucapkan terima kasih.

Dalam komen yang ditinggalkan itu, Adnan turut berharap agar perkahwinan keduanya dengan Adira tidak dipertikaikan dan peminat mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Berikut komen penuh beliau yang boleh kami gambarkan, memiliki sikap yang cukup berani dan ‘gentleman’ untuk berdepan segala kemungkinan selepas mengambil keputusan untuk beristeri dua, dan melibatkan artis popular pula..
“Thank you admin… ajal, jodoh, rezeki dah tertulis di Loh Mahfuz sebelum nyawa di tiup ke jasad…. siapa kita untuk mempertikaikan ketentuan dan kehendak Allah swt… Sesungguhnya DIA sebaik-baik perancang.
“Saya harap semua doakan yang baik untuk kami semua amin… Maaf saya hanya hamba yg biasa lemah dan daif segala-galanya…hanya Allah la segalanya (mohon jasa semua komen yg positive),” tulis Dato Red.

Rata-rata netizen kemudian dilihat memberi ucapan tahniah dan memohon agar Adnan memberi layanan yang adil kepada kedua-dua isterinya.

Melihat sikap Adnan yang sebegini membuatkan kami berasa, tidak hairanlah mengapa penyanyi yang sinonim dengan gelaran Snow White Malaysia ini terpikat padanya manakala isteri pertama yang digelar Datin Red, mampu bersabar dan melakukan pengorbanan yang belum tentu mampu dilakukan wanita lain.

Terdahulu, Adira mengaku pada sebuah akhbar tempatan bahawa dia sudah bernikah di Songkhla, Thailand dan kini bergelar isteri kedua Adnan sejak tiga minggu lalu.

Difahamkan, perkahwinan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak termasuk madunya.

Marilah kita doakan setulus hati, moga perkahwinan yang dibina mereka berkekalan dan bahagia selamanya. – MYNEWHUB.CC
0 Komentar untuk "KOMEN SUAMI ADIRA YANG "GENTLEMAN" TENTANG "POST" KISAH PERKAHWINANNYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info