5 RAKAN DILANGGAR KETIKA CUBA ALIHKAN MAYAT RAKAN YANG KEMALANGAN

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) --Lima pekerja pembersihan jalan dilanggar oleh sebuah bas ketika cuba mengalihkan mayat seorang rakan mereka yang terlebih dahulu dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pagi tadi.

Dalam kejadian itu seorang lagi maut manakala empat lagi pekerja berkenaan cedera parah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira 6.15 pagi itu, pekerja pembersih jalan, R. Veeraiyan, 45, maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bandar raya menghala ke tol Sungai Besi.

"Lima rakan sekerja mangsa kemudiannya mengalihkan mayat mangsa ke tepi jalan, namun tiba-tiba sebuah bas merempuh mereka pula," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Seorang lagi pekerja yang terbunuh dikenalpasti sebagai ialah R.Chinnaiyan, 45 tahun.

Empat mangsa lagi yang cedera parah itu kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.--BERNAMA
0 Komentar untuk "5 RAKAN DILANGGAR KETIKA CUBA ALIHKAN MAYAT RAKAN YANG KEMALANGAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info