KISAH HOTEL BUDGET DI MELAKA HARAMKAN PELANGGAN BERAGAMA ISLAM

Terdapat khabar angin yang mendakwa bahawa terdapat sebuah hotel budget di Melaka mengamalkan diskriminasi antara agama. Seorang lelaki daripada Brunei telah mezahirkan rasa ketidakpuasan hatinya di laman tempahan hotel Airbnb dengan mendakwa bahawa hotel terbabit tidak meneriman tetamu yang beragama Islam.

Lelaki terbabit yang bernama Dinie Hamizan mendakwa hotel murah Raymond’s Boutique Travellers Home memberitahunya bahawa mereka tidak menerima tempahan dari penganut beragama Islam. Lebih mengejutkan, perkara tersebut katanya diberitahu oleh pemilik hotel itu sendiri.

Bagi membuktikan dakwaan terbabit, Dinie turut memuatnaik screen shot jawapan yang diberikan oleh Raymond’s Boutique Travellers Home terhadap soalannya di Airbnb. Ianya tertera jawapan meminta agar orang Islam tidak jejak kaki ke hotel mereka, mereka meminta supaya orang Islam “jangan ganggu rumah kami” kerana ianya akan menakutkan orang lain dan pekerja mereka.

Selepas khabar ingin mengenai tindakan tidak professional hotel terbabit tersebar, pemilik sebenar hotel Raymond Bala tampil mempertahankan diri. Katanya dakwaan tersebut tidak benar dan mungkin akaun miliknya di Airbnb telah digodam.

“Saya tidak tulis perkara itu. Tiada sekatan di hotel saya. Semua orang dialu-alukan.

“Sesetengah orang telefon saya untuk tanya sama ada ada bilik, dan selepas sah baru saya tanya nama mereka. Saya tidak rasis.

“Tiada pemilik perniagaan akan buat tindakan tidak masuk akal ini. Saya akan gembira jika seseorang tempah hotel dengan saya,” katanya.

Bagi mengukuhkan lagi bukti bahawa hotelnya tidak mendiskriminasikan agama, pemilik hotel terbabit berkata baru-baru ini mereka menerima seorang wanita Islam bertudung menginap di hotel mereka.

Pelik juga kann.., mungkin yang godam akaun pemilik hotel Raymond Bala ni saja nak cari publisiti kot, tak pun dengki dengan pemilik hotel terbabit. Atau mungkin saja nak kaitkan dengan isu krisi perkauman di UiTM dan mahu ianya dipolitikkan.- TiraGomez/UtaraNews.com
0 Komentar untuk "KISAH HOTEL BUDGET DI MELAKA HARAMKAN PELANGGAN BERAGAMA ISLAM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info