KISAH BAYI LAHIR DARI SPERMA YANG DIBEKUKAN SELAMA.....

Seorang bayi di Australia baru berusia enam bulan yang dikenali Xavier Powell dah mencipta nama sehingga nama dia tercatat dalam senarai Guinness World Records. Hebat, kecik-kecik dah mencipta nama!
Apa yang istimewa sangat baby ni?? Baby ni nampak macam baby biasa aje yang korang selalu lihat tapi ada satu kisah yang menarik sebelum dia dilahirkan. Ni semua bermula dari bapa dia, Alex yang disahkan menghidap penyakit Hodgin’s lymphoma masa berumur 15 tahun.

Disebabkan penyakit yang dihidapi tu perlu melakukan kimoterapi segera dan rawatan tu mempunyai kesan yang akan menyebabkan dia mandul. Alex berfikir panjang dan membuat keputusan untuk menyimpan dan membeku sperma dia.

Selepas berkahwin, Alex dan isteri dia, Vi buat rawatan IVF pada tahun 2013 dan berjaya setahun selepas tu. So, baby Xavier ni dilahirkan dari sperma bapa dia yang dibekukan 23 tahun lalu la.

Baby Xavier ni dilahirkan pada Jun lalu. Difahamkan juga, sperma dibekukan kebiasaannya hanya akan disimpan selama tujuh hingga 10 tahun aje.

Tetapi tak ada pula kajian saintifik yang menyatakan selama mana penyimpanan patut dihadkan. Dah memang rezeki dia ada anak kan..
0 Komentar untuk "KISAH BAYI LAHIR DARI SPERMA YANG DIBEKUKAN SELAMA....."

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info